Dashboard | +Follow
C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK Lirik Lagu
Daun sup awesome
Friday, December 4, 2015 • 10:54 AM • 0 comments
Fuhh!Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi nih! Kenapa la malam nih susah sangat nak lelap. Dari aku bergolek ke kiri ke kanan, baik aku update something yang berfaedah di blog nih.haha..



Tadi petang ada la ter'rajin' sikit search pasal jus-jus yang boleh
menurunkan berat badan nih..Al-maklumlah cuti nih asyik mem'bela' lemak jer.Okey,sebenarnya ramai yang tak tahu pasal kebaikan daun sup nih.Ramai yang tahu pasal daun sup just untuk mewangikan sup..kan?For your information daun sup @ saderi baik untuk merawat pelbagai masalah kesihatan kita.

Daun sup @ Saderi bannyyyakkk vitamin! Ia sejenis sayur berbatang lembut
yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B, C dan magnesium. Daun sup ni sebenarnya boleh membersihkan buah pinggang kita. Ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan dapat merawat luka seperti luka  akibat terpijak paku berkarat. Selain itu, daun ni juga boleh mengurangkan gula di dalam darah seterusnya dapat merawat penyakit kencing manis.


Cara Penyediaan ;)
  1. Daun sup *ikut suka bilangannya
  2. Potong kecil
  3. Masukkan ke dalam periuk
  4. Masukkan air yang bersih
  5. Didihkan untuk 10 minit sahaja
  6. Sejukkan air rebusan tadi
  7. Tapis
  8. Tuangkan di dalam botol
  9. Simpan di petik sejuk
  10. Siap!!
Daun sup juga digunakan untuk perkara-perkara berikut ;)

a)   detoksifikasi badan
b)   penglihatan (eyesight)
c)   membersihkan darah
d)   arthritis
e)   membersihkan buah pinggang
f)    jangkitan pundi kencing
g)   diuretic
h)   sakit reumatik
i)     melangsingkan dan penurunan berat badan
j)    merendahkan tekanan darah
k)   Daunnya diramas dijadikan shampoo untuk melebatkan rambut
l)     Daunnya dibuat jus sebagai minuman kesihatan
m)Sebagai rawatan kecantikan seperti mengurangkan muka berminyak, meyuburkan rambut,

    Siapa cakap perubatan tradisional tak setanding
dengan perubatan moden? Dan ingat..tiada Allah ciptakan sesuatu tanpa sebab.Wallahua'lam...
Sekian.



PAST
Tuan Blog
Nor Fatin Nadia Bt Azizan
19 tahun@2015
Kepala Batas,Pulau Pinang

Table Talk


Potret Cinta







Ceritaku;


Copyright by Nadia Azizan,2015.All Right Reserved.